Forum Perdana Ehwal Islam Di Sabak Bernam

thumb4 SABAK BERNAM – Pada 18 Oktober 2013, bertempat di Ruang Solat Utama Masjid At-Taqwa, Kampung Batu 38, Sabak Bernam telah diadakan Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk “Menjemput Rezeki Dengan Berwakaf”. Forum telah dimoderatorkan oleh Ustaz Ibnu Hubain Abdul Aziz (Eksekutif Pemasaran Daerah) dan disertai oleh dua orang panel iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Duta Wakaf PWS) dan Ustaz Anuar Hamzah Tohar (Pengurus Pemasaran Dakwah).

Forum ini merupakan salah satu program dalam Bulan Mesra Industri (BUMI) yang berlangsung sepanjang bulan Oktober, November dan Disember setiap tahun. Tujuan forum ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semula amalan wakaf yang dituntut oleh Islam dan merupakan salah satu daripada sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Dianggarkan seramai 600 orang telah menghadiri forum walaupun dalam keadaan hari hujan. Impak daripada penerangan dan kefahaman yang jelas berkenaan wakaf, PWS telah menerima sumbangan Saham Wakaf Selangor pada forum tersebut sebanyak RM 3,030.00.

Diharapkan dengan program seperti ini akan dapat membantu masyarakat di Selangor mendapat kefahaman yang jelas berkenaan ibadah wakaf.

don-batu-38

STATISTIK PELAWAT

Today4
Yesterday9
This Week29
This Month127
Total78460

HUBUNGI KAMI

  Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS
  Tingkat 10 Menara Selatan,
  Bangunan Sultan Idris Shah
  40000 Shah Alam
  Selangor Darul Ehsan

  icon tel : 03-5514 3758 / 3759
  icon fax : 03-5514 3759
  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  http://www.wakafselangor.gov.my