Perbadanan Wakaf Selangor dan Nada Sepakat Corp. Sdn Bhd Jalin Kerjasama

thumb8 SHAH ALAM – Pada 20 Mac 2014 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam  telah diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Dan Pelancaran Projek Pembangunan Hartanah Wakaf antara Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Nada Sepakat Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pelancaran projek telah disempurnakan oleh Y.A.D Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa, Pengerusi  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Antara objektif utama program Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Pembangunan Hartanah Wakaf ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PWS sebagai satu badan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkenaan pembangunan hartanah wakaf dan sekaligus dapat menarik minat lebih ramai lagi syarikat-syarikat luar dan pihak Pemaju untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam membangunkan hartanah wakaf milik MAIS pada masa akan datang.

Syarikat Nada Sepakat Corporatian (Malaysia) Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pemaju bagi projek pembangunan usahasama yang berkonsepkan Rumah Kediaman Jenis Semi-D 1½ Tingkat sebanyak lapan puluh (80) unit di atas tanah wakaf Lot 3681 GM 248 dan Lot 3734 GM 249 Batu 8, Jalan Kebun, Daerah Klang yang telah diwakafkan oleh Almarhum Abdul Rahman Ali untuk manfaat Surau Al-Falah Telok Pulai seluas 2.3 hektar di Jalan Kebun.

Konsep pembelian untuk rumah ini adalah berdasarkan konsep Al-Ijarah (pajakan Islam) dimana "Pembeli akan memiliki rumah di atas tanah wakaf tersebut mengikut selama 99 tahun".

Adalah menjadi harapan PWS agar projek usahasama ini akan menjadi satu titik tolak ke arah kemajuan pembangunan hartanah wakaf dan dapat meningkatkan ekonomi umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

moa

STATISTIK PELAWAT

Today4
Yesterday9
This Week29
This Month127
Total78460

HUBUNGI KAMI

  Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS
  Tingkat 10 Menara Selatan,
  Bangunan Sultan Idris Shah
  40000 Shah Alam
  Selangor Darul Ehsan

  icon tel : 03-5514 3758 / 3759
  icon fax : 03-5514 3759
  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  http://www.wakafselangor.gov.my