Saham Wakaf Selangor

Saham Wakaf Selangor adalah satu cara berwakaf melalui wang tunai. Iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di Negeri Selangor dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah SWT dengan tujuan kepentingan dan kebajikan umat Islam.

 

OBJEKTIF SAHAM WAKAF SELANGOR

1. Menyuburkan semula amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut oleh Islam;
2. Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat Islam untuk menyertai ibadah wakaf walaupun tanpa melibatkan aset kekal;
3. Memperluas dan memperbanyakkan lagi pegangan harta umat Islam, hasil jualan lot-lot saham wakaf akan dijadikan modal untuk membangunkan harta-harta wakaf atau pembelian hartanah yang sedang dibangunkan serta manfaatnya akan disalurkan untuk kebajikan dan pembangunan masyarakat Islam;
4. Usaha untuk menggalakkan masyarakat mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotensi untuk menggerakkan pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat Islam; dan
5. Menanam dan mendidik semangat bekerjasama antara umat Islam yang berteraskan konsep taa’wun dan ukhuwah Islamiah kerana dengan konsep persepakatan ini dapat membantu menggerakkan sosial dan ekonomi umat Islam.

 

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini53
Semalam90
Minggu Ini535
Bulan Ini2009
Jumlah83630

HUBUNGI KAMI

  Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS
  Tingkat 10 Menara Selatan,
  Bangunan Sultan Idris Shah
  40000 Shah Alam
  Selangor Darul Ehsan

  icon tel : 03-5514 3758 / 3759
  icon fax : 03-5514 3759
  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  http://www.wakafselangor.gov.my