Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

research-thumb

SHAH ALAM – 20 September 2016, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dikunjungi oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) dan rombongan ini diketuai oleh Prof. Dr. Siti Mashitoh Mahamood dan beberapa pegawai penyelidik juga turut hadir.

 


Tujuan kunjungan ini adalah bertujuan untuk Kajian Universiti Wakaf dibawah Projek Kementerian Pengajian Tinggi LRGS (LRGS 2/2013(2) MOHE-UM).  Pihak penyelidik memilih PWS adalah merupakan badan institusi wakaf yg terkehadapan dalam mengurus tadbir hartanah wakaf di Negeri Selangor.

Kerjasama antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan Universiti Awam (UA) telah lama terjalin. Antaranya Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Berdasarkan Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 Klausa 8 dan Klausa 11, "PWS mempunyai kuasa melantik atau menggaji ejen dengan mengadakan perjanjian untuk menjalankan kerjasama mana-mana orang atau kumpulan orang dan PWS juga dengan kebenaran Majlis boleh melantik Jawatankuasa".

Diharapkan sesi ini dapat memberikan manfaat dan idea kepada Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terutamanya Universiti Awam (UA) disamping melaksanakan wakaf di Universiti Malaya (UM). Jika ingin mendapatkan keterangan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran dan Dakwah (Korporat) ditalian 03-55188001 atau emailkan kepada nawal@wakafselangor.gov.my dan nizam@wakafselangor.gov.my.

researchers-um