Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

lembu-korban

SHAH ALAM – 13 September 2016, Ibadah qurban merupakan amalan sunnah yang amat dituntut. Oleh yang demikian, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan tersebut.

 


Majlis Qurban Perdana 2016 yang berlansung, membabitkan seluruh agensi dan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah, menyaksikan sebanyak 13 ekor lembu untuk dikorbankan. Pada kali ini, PWS mendapat 1 ekor lembu untuk dikorbankan. Agihan daging korban tersebut diberi kepada warga kerja dan juga orang ramai. Turut hadir pada majlis ini ialah S.S Dato` Setia Hj Tamyes Bin Abd Wahid, (Mufti Selangor), Dato` Setia Hj Muhamad Adzib Bin Mohd Isa (Pengerusi MAIS) dan juga Dato` Hj Haris Bin Kasim (Pengarah JAIS).

Gerak kerja secara bergotong royong yang dilakukan, secara tidak langsung dapat mengiratkan silaturahim diantara seluruh warga kerja Bnagunan Sultan Idris Shah yang merangkumi Jab.Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pej.Agama Islam Daerag Petaling (PAID), Jab.Mufti Negeri Selangor dan juga Jab.Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

korban-2016