Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

SEKSYEN 5, SHAH ALAM - 9 Ogos 2017, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mendapat persetujuan bersama Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) untuk mengadakan program penerangan Saham Wakaf Selangor (SWS) di Bilik Mesyuarat Gemilang 2, Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menarik penglibatan warga kerja PTGS untuk berwakaf.

 


Sesi taklimat SWS ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Anuar Hamzah Bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan program ini telah dihadiri seramai 14 Orang kakitangan PTGS. Turut serta hadir, tiga orang penolong pegawai dari PTGS iaitu Encik Johan Bin Sulaiman merangkap Penolong Pegawai Tadbir, Encik Abdul Rahman Bin Mat Sarip merangkap Penolong Pegawai Tadbir (T) dan Puan Filliza Hanim Binti Mohd Kamaliah merangkap Penolong Pegawai Tadbir.

Sehubungan dengan itu, amatlah diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada kakitangan PTGS khususnya dan amnya, seluruh muslim di Selangor dalam melaksanakan wakaf di PWS.