Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

ISTANA ALAM SHAH, KLANG - 7 Ogos 2017, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan program penerangan Saham Wakaf Selangor (SWS) di Pejabat Dato’ Pengelola Diraja Kepada DYMM Sultan Selangor bagi menarik penglibatan warga kerja Pejabat Dato’ Penglola Diraja Kepada DYMM Sultan Selangor untuk berwakaf.

 


Sesi taklimat SWS ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Suffian Assauri Bin Omar, Penolong Eksekutif Pemasaran, Bahagian Pemasaran dan Dakwah, PWS dan program ini telah dihadiri seramai 65 Orang kakitangan Pejabat Dato’ Pengelola Diraja Kepada DYMM Sultan Selangor . Turut serta hadir, dua orang pegawai dari Pejabat Dato’ Pengelola Diraja Kepada DYMM Sultan Selangor iaitu Imam Paduka Ustaz Mohd Rasid Bin Mahfol, Pegawai Hal Ehwal Islam dan Encik Mazlan Bin Yahaya, Ketua Pambantu Tadbir.

Sehubungan dengan itu, amatlah diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada kakitangan Pejabat Dato’ Pengelola Diraja Kepada DYMM Sultan Selangor khususnya dan amnya, agensi kerajaan negeri serta persekutuan atau badan berkanun serta swasta dalam melaksanakan wakaf di PWS.