Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

SEKSYEN 16, SHAH ALAM - 4 Ogos 2017, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan program penerangan Saham Wakaf Selangor (SWS) di Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Seksyen 16, Shah Alam, Selangor bagi menarik penglibatan warga kerja YIDE untuk berwakaf.

 


Sesi taklimat SWS ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Suffian Assauri Bin Omar, Penolong Eksekutif Pemasaran, Bahagian Pemasaran dan Dakwah, PWS dan program ini melibatkan warga kerja YIDE dan Bakti Suci. Turut serta di dalam program penerangan ini adalah Encik Md. Ariffin Bin Md. Jaafar, Pengurus Operasi Promosi dan Sumbangan, YIDE dan Encik Mohd Nahrawi Bin Hayat, Pengurus Projek, Bakti Suci.

Sehubungan dengan itu, amatlah diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada kakitangan YIDE khususnya dan amnya, seluruh muslim di Selangor.