Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

AMPANG JAYA - 26 Julai 2017, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengadakan program Penerangan Skim Infaq Saham Wakaf Selangor (SWS) bagi menerangkan dan mempromosikan produk-produk wakaf. Ceramah ini telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Haji Anuar Hamzah Bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS yang bertajuk “Rezeki Dunia, Nikmat Akhirat”. Turut hadir juga Timbalan Yang Di-Pertua dan Setiausaha MPAJ.

 


Objektif program ini adalah untuk memberi galakan dan pendedahan terhadap konsep wakaf kepada warga kerja MPAJ untuk berwakaf melalui potongan gaji yang dianggap lebih mudah dan sistematik dengan kadar minimum RM 10 sahaja.

Diakhir program penerangan tersebut, Dato’ Mohammad Bin Yacob, Ketua Pegawai Eksekutif PWS turut memberi ucapan ringkas dan mencadangkan bahawa semua kakitangan MPAJ untuk bersama-sama melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji ini sebagai fardhu kifayah bagi umat islam. Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada kakitangan MPAJ khusus dan amnya, agensi kerajaan negeri dan badan berkanun dalam melaksanakan wakaf di PWS.