Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

SHAH ALAM - 14 Oktober 2017, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Pertandingan 10-Pin Bowling PWS 2017 di Qbowl Shah Alam Space U8 Bowling Centre. Pertandingan ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli Kelab PWS (kakitangan PWS), bukan ahli kelab (ahli keluarga terdekat kakitangan PWS) dan kakitangan anak syarikat PWS (Urus Maju Ehsan (M) Sdn. Bhd.) di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan hubungan sillatulrahim. Disamping itu, ia dapat mendorong peserta mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah.


Objektif pertandingan ini diadakan adalah:-
1. memupuk semangat toleransi di antara peserta disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan kesukanan;
2. memberi peluang kepada peserta untuk berani mencuba membentuk keyakinan diri, semangat kerjasama dan melahirkan sifat-sifat daya saing yang sihat;
3. Meningkatkan kecergasan minda dengan seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi jasmani dan mental; dan
4. Memberi peluang berinteraksi dan membina proses sosialisasi dikalangan peserta.

Penganjur Pertandingan (Kelab PWS) telah menawarkan beberapa kategori pertandingan dan hadiah kemenangan untuk peserta-peserta bersaing secara sihat. Antara kategori pertandingan dan hadiah kemenangan yang ditawarkan adalah:-
1. Jatuhan Pin Tertinggi Keseluruhan Individu (L & W);
2. Jatuhan Pin Tertinggi Dalam Game (Individu);
3. Jatuhan Pin Tertinggi Keseluruhan (Berpasukan);
4. Jatuhan Pin Tertinggi Dalam Game (Berpasukan); dan
5. Tiga (3) Individu terawal membuat tiga (3) kali strike "X" berturut-turut.

Peserta-peserta pertandingan yang tidak berpeluang memenangi hadiah seperti yang ditawarkan di atas, masih berpeluang memiliki hadiah "Rezeki Siapa?". Sebanyak 52 hadiah Rezeki Siapa? telah disediakan oleh Kelab PWS bagi memastikan setiap peserta yang menyertai pertandingan ini pulang dengan membawa hadiah untuk dijadikan kenang-kenangan.

Pertandingan 10-Pin Bowling PWS ini adalah bagi memenuhi aktiviti kelab bagi tahun 2017. Melaluinya, diharapkan agar peserta-peserta dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.