Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

SHAH ALAM - PWS bermula dengan langkah kanan setelah muncul Juara Bowling Berpasukan (Lelaki) dalam Kejohanan Sukan MAIS dan Anak Syarikat Bersama Agensi Agama Selangor (KESUMAS) 2017 yang diadakan pada 28 Oktober 2017 di Wangsa Bowl Setia City Mall, Setia Alam.


PWS memulakan aksi dengan penuh bertenaga dengan membenam cabaran yang diberikan oleh pasukan yang bertanding. PWS berjaya mendapatkan Emas dalam acara Bowling Berpasukan (Lelaki) dengan jatuhan pin keseluruhan berjumlah 1,874. Diikuti oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan jatuhan pin keseluruhan berjumlah 1,871 untuk pingat perak dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapat pingat gangsa dengan jatuhan pin keseluruhan berjumlah 1,739.

Sebanyak 10 agensi bertanding dalam kejohanan pada tahun ini. Antara agensi yang mengambil bahagian ialah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Selangor (JMS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKEES), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bakti Suci Sdn.Bhd, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. dan Yayasan Islam Darul Ehsan.

KESUMAS 2017 berlangsung pada 28 Oktober 2017 di Wangsa Bowl Setia City Mall, Setia Alam dan 2 Disember 2017 di Pusat Sukan UiTM Shah Alam.