Soal Jawab Wakaf

Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

SHAH ALAM – Pada 10 Oktober 2018 yang lalu, PWS telah menerima lawatan kerja daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Delegasi MAIK telah diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz dan diringi oleh YBhg. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan YBhg. Tuan Rusydee bin Abdullah, Setiausaha MAIK.

 


Delegasi MAIK ini telah disambut mesra oleh Pengerusi PWS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Ramli bin Mahmud bersama Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman berkenaan pengurusan wakaf tunai di Selangor dan Kelantan. Dalam sesi lawatan kerja ini, delegasi MAIK telah dibawa melawat ke tapak projek perumahan yang dibangunkan oleh PWS melalui anak syarikat iaitu Urus Maju Ehsan (M) Sdn. Bhd. Selepas itu, delegasi MAIK dibawa melawat ke Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

Diharapkan semoga dengan lawatan kerja ini akan meningkatkan lagi tahap kualiti pengurusan wakaf di Selangor dan Kelantan.