27 Ogos 2024, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) hari ini. Delegasi PWS seramai tiga orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Zakariah Muda, Pengarah Urusan Kumpulan, YBrs. Tuan Mohammad Fauzi bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan dan Encik Shahrulanuar Ishak, Ketua Pegawai Kewangan bertempat di Menara AZRB.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS serta galakan kepada kakitangan AZRB melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji dan wakaf korporat.
No Comments