11 Ogos 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyertai Larian Merdeka anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dirasmikan oleh Y.A.D Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertempat di Dataran Kemerdekaan.
Acara ini melibatkan agensi-agensi Hal Ehwal Agama Islam negeri Selangor dan anak syarikat MAIS antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah, Lembaga Zakat Selangor,
Universiti Islam Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan, Teraju Ekonomi Asnaf dan Bakti Suci Holdings.
Selain itu, PWS juga turut membuka booth pameran untuk memberi peluang kepada pengunjung yang hadir untuk melaksanakan ibadah wakaf dan mengenali lebih dekat serta mendapatkan informasi berkenaan instrumen wakaf di negeri Selangor.
Turut hadir di acara tersebut ialah Y.A.D Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS merangkap Orang Besar Daerah Petaling dan YBhg. Dato’ Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
atau
untuk berwakaf tunai.
—
No Comments