PWS MERAIKAN DELEGASI DARI YAYASAN WAQAF MALAYSIA MAIN HOLDINGS SDN BHD KE LADANG NANAS DAN ROCK MELON.

PWS MERAIKAN DELEGASI DARI YAYASAN WAQAF MALAYSIA MAIN HOLDINGS SDN BHD KE LADANG NANAS DAN ROCK MELON.

26 Ogos 2024 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama delegasi dari Yayasan Waqaf Malaysia MAIN Holdings Sdn Bhd (YMH) telah mengadakan lawatan ke Ladang Nanas dan Rock Melon di bawah projek wakaf yang dilaksanakan oleh PWS di Sungai Merab, Kajang dan Meru, Klang.
 
Delegasi dari YMH telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Kamarudin bin Mat Ali, Pengerusi, Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pengarah Eksekutif, Encik Muhamad Sazeli bin Mohd Nazir, Pengurus Operasi, Encik Abdullah bin Abdul Rahim, Pembantu Eksekutif Pertanian dan Encik Muhamad Ikhmal bin Marzeki, Pembantu Pertanian YMH.
 
Turut meraikan dari PWS ialah YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Anis Amirah binti Mohd Kefly, Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat, Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS.
 
Lawatan kerja ini adalah perkongsian bersama YMH berkenaan projek Wakaf Pertanian yang diusahakan di negeri Selangor serta berkongsi pengalaman serta meneroka ruang kerjasama yang dapat dijalin antara kedua pihak.
 
Semoga sesi lawatan ini memberi pengalaman dan inspirasi kepada YMH untuk sama-sama menjayakan institusi wakaf berkenaan program wakaf pertanian agar dapat memartabatkan syiar dan ekonomi islam di masa hadapan, InshaAllah.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment