PWS TERUS SEBARLUASKAN “INDAHNYA BERWAKAF” DI MASJID BAITUL AMIN

PWS TERUS SEBARLUASKAN “INDAHNYA BERWAKAF” DI MASJID BAITUL AMIN

 
16 Ogos 2024, Puchong – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Tazkirah Jumaat di Masjid Baitul Amin, Taman Warisan Puchong dengan tajuk “Indahnya Berwakaf”. Tazkirah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil , Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
 
Objektif utama taklimat ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.
 
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
 
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
 
 
No Comments

Post A Comment