25 Ogos 2024, Ampang Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan agihan tabung wakaf tunai bernilai RM 35,247.00 di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya.
Serahan cek cura telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Perbadanan Wakaf Selangor dan disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Mustafa bin Zubir, Nazir Masjid berkenaan.
Sumbangan tersebut adalah merupakan hasil dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk ubah suai mihrab dan prasarana di masjid tersebut.
PWS juga turut menyampaikan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Hafizuddin sendiri bagi memperkasakan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat bagi sebarluaskan maksud “Indahnya Berwakaf”.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
No Comments