PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM50,000.00 UNTUK PEMASANGAN PENYAMAN UDARA

PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM50,000.00 UNTUK PEMASANGAN PENYAMAN UDARA

7 Februari 2026, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000.00 bagi tujuan pemasangan sistem penyaman udara telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS.

Sumbangan ini akan dimanfaatkan oleh Masjid Jama’iyyah, Morib dalam usaha meningkatkan keselesaan jemaah serta memperkasa fungsi masjid sebagai pusat ibadah, pendidikan dan pembangunan komuniti.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem wakaf yang mampan dan berimpak tinggi, selari dengan aspirasi memperluas manfaat wakaf kepada masyarakat secara inklusif dan strategik.

Semoga sumbangan ini menjadi asbab kesejahteraan ummah dan saham akhirat yang berterusan buat para pewakaf.

Wakaf: Pelaburan Akhirat, Manfaat Berpanjangan.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

#PerbadananWakafSelangor

#WakafSelangor

#WakafFisabilillah

#ManfaatUntukUmmah

No Comments

Post A Comment