Delegasi PWS seramai empat orang ini diketuai oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS bersama Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS telah disambut mesra oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Ahmad Zaky Bin Ali@Tahir, Pegawai Tadbir Agama Daerah.
Intipati kunjungan dua hala ini bertujuan berkenaan perbincangan perletakan tabung-tabung wakaf tunai di masjid dan surau Jumaat terpilih di daerah Hulu Langat, Alhamdulillah pihak PTA telah memberikan respon yang positif tentang perkara tersebut.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama PWS dan PAID di setiap daerah agar sama-sama dapat memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
No Comments