Memartabatkan Institusi Wakaf yang unggul berpaksikan Al-Quran, Al-Hadith dan Hukum Syarak.
Misi Wakaf Selangor
Bergerak bersama Ummah melalui pembudayaan berwakaf dalam memangkin pembangunan Islam dari aspek ekonomi dan sosial.
Motto Wakaf Selangor
“Wakaf Membangunkan Ummah”
Objektif Penubuhan PWS
Berikut adalah objektif penubuhan PWS
Membudayakan dan memudahkan amalan berwakaf secara sistematik dan berkesan melalui kepelbagaian produk wakaf
Menjamin manfaat berterusan kepada pewakaf dengan:
Memperkasakan pembangunan dan menambah nilai hartanah wakaf;
Meningkatkan dan mengembangkan pelaburan wakaf dalam bidang ekonomi; dan
Merealisasikan pembangunan sosial demi kesejahteraan Ummah.
Menjadikan PWS sebuah Institusi Wakaf yang sustainable, dipercayai dan berkesan
Fungsi Perbadanan Wakaf Selangor
Berikut merupakan fungsi-fungsi organisasi Perbadanan Wakaf Selangor diwujudkan
Memberi Nasihat
Memberi nasihat kepada Majlis berkenaan dengan dasar, cara, langkah yang perlu dilaksanakan dan diambil untuk menggalakkan pembangunan harta dan produk wakaf
Melaksanakan
Melaksanakan dan memberi kesan kepada apa-apa dasar, arahan atau perintah Majlis berkenaan dengan pembangunan harta dan produk wakaf
Membangun
Membangun, menerimapakai dan melaksanakan dasar, cara dan langkah mengenai pembangunan harta dan produk wakaf
Penyelaras
Bertindak sebagai agensi penyelaras di dalam pelaksanaan kemajuan pembangunan harta dan produk wakaf secara pesat
Merancang
Merancang, membangun, melaksana dan menggalakkan pembangunan dan pelaksanaan harta dan produk wakaf
Mengendali
Mengurus dan menjalankan pengendalian serta penyelenggaraan harta wakaf termasuk kemudahan, infrastruktur, tempat dan alat di kawasan harta wakaf tersebut
Kajian
Menggalakkan, menyelaraskan dan melaksanakan kajian serta pembangunan di dalam semua aspek harta dan produk wakaf.