PWS BERBESAR HATI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PUBLIC ISLAMIC BANK BERHAD

PWS BERBESAR HATI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PUBLIC ISLAMIC BANK BERHAD

12 Ogos 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Public Islamic Bank Berhad (PIBB). Delegasi seramai tiga orang ini yang diketuai oleh Encik Supian bin Mat Nan, Ketua Bahagian Syariah PIBB dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
 
Turut hadir dari PIBB ialah Encik Izwan bin Mohd Ali Wasi, Pengurus, Bahagian Syariah dan Encik Mohammad Adif bin Aljuhari, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pengurusan Tunai dan Kerajaan PIBB.
 
Turut Serta dari PWS ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, Cik Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi dan Encik Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan.
 
Objektif utama kunjungan ini adalah bagi mewujudkan jaringan hubungan serta peluang kerjasama strategik di antara PIBB dan PWS
Terima kasih atas kunjungan ini dan semoga ukhuwah kita berkekalan.
 
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
 
 
 
 
No Comments

Post A Comment