29 Ogos 2024, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 50 Ribu kepada SMK Sijangkang Jaya.
Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Encik Muhammad Rodzi bin Abdul Rahman, Pengetua serta disaksikan oleh YBhg. Dato’ Nordin bin Haji Selamat, YDP PIBG SMK berkenaan.
Sumbangan adalah bertujuan untuk naik taraf lantai dewan sebagai dewan solat di sekolah berkenaan.
PWS juga turut mengadakan taklimat wakaf yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru.
kaunter wakaf tunai turut di buka bagi memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di SMK Sijangkang Jaya dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihPEWAKAF
#smksijangkangjaya
No Comments