Berikut adalah soalan-soalan lazim yang biasanya di tanya kepada kami. Sekiranya terdapat pertanyaan lain, anda boleh mengemukakan persoalan tersebut menggunakan Borang Online yang disediakan.
Bagi menjadikan wakaf ini sah dari segi syarak pewakaf tersebut disyaratkan:
InsyaAllah sampai pahalanya dan diterima oleh Allah SWT. Ini kerana, amal soleh atau wakaf yang dilakukan oleh orang yang masih hidup boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia. Terdapat beberapa hadis yang meriwayatkan hal tersebut, diantaranya adalah hadis di bawah ini:
أَنَّ رجلًا قال للنبيِّ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ أمِّي افْتُلِتَتْ نفسُها ، وأظنُّها لو تكلمَتْ تَصدَّقَتْ ، فهل لها أجرٌ إِنْ تَصدَّقَتْ عنها ؟ قال : نعم .
Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan:
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hamper matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’ Jawab baginda SAW: Ya”
(Riwayat Bukhari)
Maka, hadis di atas menjadi dalil bahawa sedekah orang hidup memberi manfaat untuk orang yang telah meninggal dunia.
Hukum berwakaf bagi orang bukan Islam adalah harus dan dibenarkan. Para Ulama’ As-Shafie berpendapat wakaf seseorang bukan Islam sah walaupun untuk masjid, walaupun bukan niat bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah SWT).
Mereka akan diberi ganjaran atas sedekahnya di dunia, namun tidak di Akhirat. Perkara ini telah dijelaskan oleh Baginda SAW di dalam hadis berikut:-
إنَّ اللَّهَ لا يظلِمُ مؤمنًا حسنةً يُعطى بِها في الدُّنيا ويُجزى بِها في الآخرةِ . وأمَّا الكافرُ فيُطعَمُ بحسناتِ ما عمِلَ بِها للَّهِ في الدُّنيا . حتَّى إذا أفضى إلى الآخرةِ . لم يَكُنْ لهُ حسنةٌ يُجزَى بِها
Bermaksud: “Allah tidak akan mengabaikan kebaikan seseorang mukmin, dia akan diberi ganjaran di dunia dan di akhirat.
Orang bukan Islam pula menerima ganjaran kebaikan yang mereka lakukan kerana Allah semasa di dunia sahaja. Adapun di akhirat kelak, tiada apa-apa habuan dan ganjaran kebaikan untuknya”.
(Riwayat Muslim)
Begitu juga Al-Subkhi menjelaskan, wakaf nazar daripada kafir zimmi kepada anak-anaknya tetap sah tetapi dia tidak mendapat sebarang ganjaran pahala. Sekiranya pewakaf murtad dan dihukum bunuh kerana murtadnya, maka wakafnya tetap sah. Sekiranya pewakaf itu murtad selepas menyerahkan wakafnya, maka terbatal wakafnya sama ada beliau mati dihukum kerana murtad atau mati dengan sebab-sebab lain atau beliau kembali semula menganut Islam. Melainkan jika dia mewakafkan semula hartanya itu setelah bertaubat dan kembali kepada Islam.
(Rujukan Ibnu Abidin)
Untuk makluman, duit insurans tersebut jika telah difaraidkan kepada waris, maka bolehlah waris-waris berpakat dari bahagian masing-masing untuk sebahagiannya diwakafkan bagi tujuan jariah si arwah.
InsyaAllah berkat dan pahala sampai berdasarkan hadis Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, katanya yang bermaksud:
“Bahawa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: ‘Sesungguhnya ayahku sudah wafat, dia meninggalkan harta dan belum diwasiatkannya, apakah jika disedekahkan untuknya maka hal itu akan menghapuskan kesalahannya?’ Rasulullah SAW menjawab: Na’am (Ya).”
(HR. Muslim No. 1630, Ibnu Majah No. 2716, An Nasa’I No. 3652, Ahmad No. 8486)
Para ulama’ As-Syafie mengharuskan wakaf kepada golongan bukan Islam ataupun zimmi, selama mana ia tidak bertujuan untuk melakukan maksiat, ini kerana dibolehkan sedekah kepada golongan ini, maka begitu juga diharuskan wakaf kepada mereka. Jika didapati ada kemungkinan penerima wakaf akan melakukan maksiat dengan harta tersebut, maka wakaf tersebut tidak sah kerana maksiat tersebut akan menghilangkan hikmah dan tujuan wakaf.
InsyaAllah berkat dan pahala sampai berdasarkan hadis Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, katanya yang bermaksud:
“Bahawa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: ‘Sesungguhnya ayahku sudah wafat, dia meninggalkan harta dan belum diwasiatkannya, apakah jika disedekahkan untuknya maka hal itu akan menghapuskan kesalahannya?’ Rasulullah SAW menjawab: Na’am (Ya).”
(HR. Muslim No. 1630, Ibnu Majah No. 2716, An Nasa’I No. 3652, Ahmad No. 8486)
Seseorang yang telah meninggal dunia akan meninggalkan harta termasuklah hutang yang pernah diberikan kepada seseorang oleh simati. Oleh itu, sekiranya seseorang penghutang mahu melangsaikan kewajipan tersebut hendaklah diserahkan kepada ahli waris untuk pembahagian harta pusaka.
Merujuk persoalan di atas, anak yang berhutang kepada simati perlu mendapat persetujuan daripada semua waris sekiranya ingin mewakafkan keseluruhan hutang tersebut. Jika terdapat waris yang tidak bersetuju, maka anak yang berhutang tersebut hanya boleh mewakafkan bahagiannya sahaja. Wallahu a’lam.
Wasiat wakaf adalah sama ada harta berbentuk tunai, emas mahupun hartanah. Wasiat wakaf ini boleh dilakukan melalui Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau agensi-agensi wasiat berdaftar dengan menamakan Perbadanan Wakaf Selangor sebagai penerima wasiat wakaf yang dilakukan.
Tingkat 10, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan