PWS TERUS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH KEPADA INSTITUSI AGAMA SEBANYAK RM 45,000

PWS TERUS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH KEPADA INSTITUSI AGAMA SEBANYAK RM 45,000

8 Julai 2024, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah bernilai RM 45 Ribu kepada Surau An Nur, Taman Mas.
 
Serahan cek cura telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Encik Shahrizad bin Sahat, Pengerusi serta disaksikan oleh AJK dan jemaah di surau berkenaan.
 
Sumbangan tersebut bertujuan untuk pembinaan pejabat di surau tersebut.
 
Selain itu, Tazkirah Maghrib khas turut diadakan di sini bertajuk “Kepentingan Wakaf Dalam Ekonomi” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment