24 Ogos 2024, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah diundang untuk menyaksikan majlis penyerahan pemindahan dana wakaf khas kepada dua institusi Maahad Tahfiz di Surau At Taufiqiyyah, Puncak Alam.
Serahan cek cura telah disempurnakan oleh Pengerusi Maahad Tahfiz Surau At Taufiqiyyah, Encik Ahmad Halimi bin Kasani dan disambut mesra oleh Pengerusi Maahad Tahfiz Az Zein Al Makki, Encik Shahari bin Hassan dan Pengerusi Maahad Habibullah Al Hafiz, Encik Mohammad Sabri bin Mohd Noor serta disaksikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Pemindahan dana wakaf khas ini adalah merupakan dana kutipan wakaf khas dari Maahad Tahfiz Surau At Taufiqiyyah yang telah dikutip untuk tujuan pembinaan Maahad Tahfiz di surau tersebut,
walaubagaimanapun disebabkan Maahad Tahfiz ini tidak dapat meneruskan operasinya, oleh yang demikian untuk menyampaikan hasrat pewakaf yang telah mewakafkan untuk Maahad Tahfiz, maka pihak Maahad telah berbesar hati untuk memindahkan dana tersebut kepada dua institusi Tahfiz yang lain yang masing-masing berjumlah RM 60,641.00.
Selain itu, PWS juga dijemput untuk menyampaikan tazkirah khas yang bertajuk “Wakaf Dalam Ekonomi Islam” yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
No Comments