31 Ogos 2024, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan “Indahnya Berwakaf” menerusi Kuliah Maghrib Khas di Surau Darul Aman, Kancong Darat.
Kuliah yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
No Comments