8 Ogos 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas di Surau Ehsaniah, Taman Sri Andalas. Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments