10 Ogos 2024, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat mengadakan Kuliah Maghrib Khas di Surau Insaniah, Hillpark Semenyih yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Objektif kuliah adalah untuk memperkasakan lagi dakwah, kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam menyebarluaskan maksud “Indahnya Berwakaf”.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
atau
untuk berwakaf tunai.
—
No Comments