Kaedah Berwakaf

Wakaf Tunai

Harus melaksanakan wakaf tunai sebagai harta wakaf dengan syarat-syarat berikut:

Nilai

Nilai asal wang yang diwakafkan hendaklah sentiasa dikembangkan dan meningkat

Hukum Syarak

Sebarang pembelian aset hendaklah menepati hukum syarak

Syarat

Lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh PWS

Objektif Wakaf Tunai

Antara objektif Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor meluluskan Wakaf Tunai adalah seperti berikut.

Suburkan Amalan Wakaf

Menyuburkan semula amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut oleh Islam

Alternatif Wakaf

Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat Islam untuk menyertai ibadah wakaf walaupun tanpa melibatkan aset kekal

Tambah Harta

Memperluas dan memperbanyakkan lagi pegangan harta umat Islam, hasil kutipan wakaf tunai akan dijadikan modal untuk membangunkan harta-harta wakaf atau pembelian hartanah yang sedang/telah dibangunkan serta manfaatnya akan disalurkan untuk kebajikan dan pembangunan masyarakat Islam.

Sosial Ekonomi

Usaha untuk menggalakkan masyarakat mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotensi untuk menggerakkan pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat Islam