Satu Lagi Pilihan Berwakaf

Hartanah Wakaf

WAKAF KHAS

Pengenalan

Perbadanan Wakaf Selangor juga menguruskan hartanah wakaf berbentuk lot tanah dan bangunan dalam salah satu Kategori Wakaf Khas.

 

Tanah dan bangunan wakaf tersebut akan disewakan dan mendapatkan pulangan yang kemudian dimanfaatkan untuk tujuan maslahat ummah.

Setakat tahun 2022, jumlah hartanah yang diuruskan oleh Perbadanan Wakaf Selangor adalah sebanyak 1,741 hektar dengan jumlah anggaran nilai sebanyak RM1.8 billion.

Taburan Projek Hartanah

1,655.14 EKAR (2011 - 2021)

EKAR
0

Jumlah Lot Hartanah pada tahun 2022 sahaja

EKAR
0

Jumlah Lot Hartanah bagi keseluruhan tahun 2011 – 2021

Billion
RM 0

Anggaran Nilaian keseluruhan harga Hartanah yang dimiliki dalam Ringgit Malaysia (RM)

Hartanah Telah Dibangunkan
dan Dimanfaatkan
(2011 - 2021)

Perbadanan Wakaf Selangor mengendalikan beberapa hartanah wakaf dan aktif dalam proses membangunkan beberapa jenis hartanah untuk mengembangkan lagi manfaat wakaf. Berikut merupakan beberapa pelaburan hartanah yang dibangunkan mengikut kategori sosial, ekonomi dan pusat wakaf.

Sebagai usaha untuk mengembangkan asset wakaf, PWS sentiasa giat mencari peluang-peluang pelaburan yang sesuai serta selaras dengan hukum syarak agar perkembangan harta wakaf dapat dicapai dan seterusnya manfaatnya dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh Masyarakat.

PREMIS

Pada masa ini terdapat 10 buah premis yang dikendalikan oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

TANAH

Terdapat lot tanah seluas 27.0811 ekar tanah yang dikendalikan oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)