Cara Bayar Wakaf

Prosedur Penyertaan Wakaf

Prosedur Penyertaan Wakaf

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk membuat bayaran wakaf kepada Perbadanan Wakaf Selangor

One Off
  1. Penyertaan hendaklah melalui https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau menggunakan borang yang disediakan iaitu Borang Mewujudkan Wakaf Selangor (Borang B1).
  2. Penyertaan bermula dengan nilai Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja (RM10.00) dan tiada kadar maksimum ditetapkan. Penyertaan melalui cek hendaklah di atas nama ‘Perbadanan Wakaf Selangor’.
  3. Penyertaan juga dibolehkan bagi pihak wakil atau mana-mana individu yang telah meninggal dunia mahu pun yang masih hidup.
Potongan Gaji / Autodebit
  1. Penyertaan Wakaf Tunai melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Sahaja (RM1.00) dan tiada had maksimum ditetapkan.
  2. Pemohon boleh melayari laman web Borang Online atau memuat turun Borang Mewujudkan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji B1 (PG).
  3. Kod Potongan Gaji yang baharu bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan adalah 5119.
  4. Sekiranya pemohon ingin menambah, mengurangkan, atau membatalkan potongan wakaf, pemohon boleh melayari semula laman web Borang Online.
  5. Resit akan dikeluarkan pada awal tahun berikutnya mengikut jumlah keseluruhan yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Wakaf PWS oleh pihak majikan.
Sahabat Korporat
  1. Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan iaitu Borang Sahabat Korporat Perbadanan Wakaf Selangor.
  2. Kadar Penyertaan Sahabat Korporat adalah mengikut keikhlasan dari pihak syarikat yang ingin menyertai Sahabat Korporat PWS.
Emas
  1. Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan iaitu Borang Mewujudkan Wakaf Tunai (Borang B1) dan Borang Wakaf Emas (Borang B1-WE).
  2. Pewakaf akan dimaklumkan nilai emas yang telah diwakafkan.
  3. Penyertaan juga dibolehkan bagi pihak wakil atau mana-mana individu yang telah meninggal dunia mahu pun yang masih hidup.
Seni
  1. Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan iaitu Borang Mewujudkan Wakaf Tunai (Borang B1).
  2. Penyertaan bermula dengan nilai Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja (RM10.00) seunit dan tiada kadar maksimum ditetapkan. Penyertaan melalui cek hendaklah di atas nama ‘Perbadanan Wakaf Selangor’.
  3. Penyertaan hendaklah di atas nama penggiat seni itu sendiri atau di atas nama syarikat.
  4. Penyertaan juga dibolehkan bagi pihak wakil atau mana-mana individu yang telah meninggal dunia mahu pun yang masih hidup.