Skim Infaq adalah kaedah berwakaf melalui potongan gaji. Skim Infaq diwujudkan bagi memudahkan kakitangan awam dan swasta berwakaf melalui potongan gaji secara bulanan dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Sahaja (RM1.00) dan tiada kadar maksimum ditetapkan. Skim Infaq ini telah dirasmikan pada 2 Ogos 2011 oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Aras Bawah, Dewan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Objektif
1. Memberi pilihan dan kemudahan kepada kakitangan awam atau swasta untuk menyertai Wakaf Tunai
2. Mengumpulkan dana bagi melaksanakan projek atau program yang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam di Selangor; dan
3. Mendidik masyarakat membudayakan amalan sedekah berdasarkan konsep wakaf yang menjadi satu tuntutan dalam ajaran Islam.
Prosedur Penyertaan
1. Penyertaan Wakaf Tunai melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Sahaja (RM 1.00) dan tiada had maksimum ditetapkan;
3. Kod Potongan Gaji yang baharu bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan adalah 5119;
4. Borang B1 (PG) mengandungi tiga (3) keping kertas karbon yang berwarna putih, merah dan biru;
5. Borang berwarna putih dan biru untuk kegunaan PWS dan borang berwarna merah perlu disimpan oleh pihak pemohon;
6. Sekiranya pemohon ingin menambah dan mengurangkan sumbangan wakaf, pemohon perlu mengisi semula Borang B1 (PG) dan tandakan serta berikan jumlah semasa di ruangan ditambah/kurang;
7. Pemohon yang ingin membatalkan potongan gaji dikehendaki memaklumkan kepada pihak majikan dan PWS; dan
8. Resit akan dikeluarkan pada awal tahun berikutnya mengikut jumlah keseluruhan yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Wakaf PWS oleh pihak majikan.