25 April 2026, Hulu Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan sesi Taklimat Wakaf di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serendah dengan penyertaan para guru dan warga pendidik bagi memperkukuh kesedaran serta memperluas penglibatan dalam amalan wakaf.
Taklimat telah disampaikan oleh Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, yang menekankan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang strategik dan berimpak tinggi, khususnya dalam sektor pendidikan.
Seiring dengan itu, kaunter wakaf turut dibuka sepanjang program bagi memudahkan penyertaan warga pendidik dalam melaksanakan ibadah wakaf secara terus dan sistematik. Inisiatif ini mencerminkan pendekatan proaktif PWS dalam membudayakan wakaf sebagai amalan berterusan dalam kalangan masyarakat.
Program ini selari dengan aspirasi PWS untuk memperluas jangkauan kesedaran wakaf serta mengoptimumkan potensi sumbangan ke arah pembangunan pendidikan dan kebajikan ummah secara mampan.
No Comments