7 Oktober 2024, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan wakaf bernilai RM 50 ribu di Surau Ehsaniah, Kg. Melayu Subang.
Serahan cek cura telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Haji Zainal bin Jaini, Pengerusi Surau Ehsaniah.
Sumbangan tersebut adalah merupakan sumbangan wakaf fisabilillah bertujuan untuk naik taraf bumbung dewan makan muslimat dan ruang solat di surau tersebut.
Kuliah Maghrib Khas turut disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga agihan ini dapat dimanfaatkan oleh jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#mudahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihpewakaf
#surauehsaniahkampungmelayusubang
No Comments