31 Mei 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan Wakaf bernilai RM 102,795. 94 kepada Masjid An Nur, Temasya Glenmarie hari ini.
Sumbangan wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk kegunaan masjid dan manfaat kepada jemaah.
Selain itu, Tazkirah Jumaat khas juga turut diadakan di sini bertajuk “Indahnya Berwakaf” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.
No Comments