“ANDA WAKAF KAMI AGIH” PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) SERAH SUMBANGAN WAKAF RM 31,173.00 KEPADA MASJID AL HIDAYAH

“ANDA WAKAF KAMI AGIH” PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) SERAH SUMBANGAN WAKAF RM 31,173.00 KEPADA MASJID AL HIDAYAH

31 Mac 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan Wakaf bernilai RM 31,173.00 kepada Masjid Al Hidayah Seksyen 18.
 
Serahan cek cura telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Encik A Rahim Abas, Timbalan Nazir Masjid Al Hidayah.
 
Sumbangan wakaf adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk kegunaan masjid dan manfaat kepada jemaah.
 
Selain itu, Kuliah Ramadhan khas juga turut diadakan di sini seusai solat terawih bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf di bulan yang mulia ini.
 
Kaunter wakaf tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf serta meraikan dan merancakkan Bulan Wakaf Selangor.
 
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online