05 Jul “INDAHNYA BERWAKAF, DUNIA AKHIRAT PENUH BARAKAH”
4 Julai 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Surau Al Khair, Kuarters SUK Seksyen 16 telah mengadakan tazkirah wakaf bertajuk “Indahnya Berwakaf, Dunia Akhirat Penuh Barakah”. Tazkirah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS. Objektif utama taklimat ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf. Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada kakitangan Bank Rakyat melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code. Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai. Layari Wakaf Selangor Onlinehttps://fpx.wakafselangor.gov.myAtauhttps://infaqpay.my/go/wakafselangoruntuk berwakaf tunai. —#wakafselangor#wakaftunai#wakafmembangunkanummah#indahnyaberwakaf#mudahnyaberwakaf
No Comments