“ANDA WAKAF, KAMI AGIH” PWS TERUS SUMBANG WAKAF FISABILILLAH RM 6,270.00 KE SEKOLAH KEBANGSAAN KG. KUANTAN, BATANG KALI

“ANDA WAKAF, KAMI AGIH” PWS TERUS SUMBANG WAKAF FISABILILLAH RM 6,270.00 KE SEKOLAH KEBANGSAAN KG. KUANTAN, BATANG KALI

27 Jun 2024, Hulu Selangor –
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 6,270 Ribu SK Kg. Kuantan, Batang Kali hari ini.
 
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Puan Rozaiton binti Abdul Jalil, Guru Besar SK Kg. Kuantan berkenaan.
 
Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk pembelian dan pemasangan smartboard di kelas digital sekolah tersebut.
 
Taklimat wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru di SK berkenaan.
 
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
 
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment