Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Taklimat Wakaf di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 pada 30 April 2026 bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan warga pendidik dalam amalan wakaf.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha PWS memperluas budaya wakaf melalui institusi pendidikan sebagai medium penyampaian berkesan kepada komuniti.
Taklimat disampaikan oleh Ibnu Hubain bin Abdul Aziz dengan fokus kepada konsep, kepentingan dan pelaksanaan wakaf. Kaunter wakaf turut dibuka bagi memudahkan penyertaan guru.
Inisiatif ini meningkatkan kefahaman guru serta memperkukuh peranan mereka sebagai agen penyebaran kesedaran wakaf.
No Comments