Kuliah Maghrib PWS Perkasa Kefahaman Wakaf di Hulu Selangor

Kuliah Maghrib PWS Perkasa Kefahaman Wakaf di Hulu Selangor

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Kuliah Maghrib di Masjid Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 1 Mei 2026 bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan wakaf sebagai instrumen kebajikan berterusan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PWS dalam mempergiat pengimarahan institusi agama serta memperluas penyebaran ilmu berkaitan wakaf kepada masyarakat setempat.


Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar dengan penekanan terhadap konsep wakaf sebagai amalan jariah yang memberi manfaat berpanjangan.


Selain sesi pengisian ilmu, kaunter wakaf turut dibuka bagi memudahkan jemaah melaksanakan ibadah wakaf secara terus dan sistematik.Program ini berjaya meningkatkan kesedaran jemaah mengenai kepentingan wakaf sebagai pemangkin pembangunan ummah serta menggalakkan penyertaan aktif komuniti dalam amalan kebajikan berterusan.

 

 

 

No Comments

Post A Comment