Kuliah Maghrib PWS Galak Amalan Wakaf di Pandan Indah

Kuliah Maghrib PWS Galak Amalan Wakaf di Pandan Indah

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah melaksanakan Kuliah Maghrib di Surau At-Taqwa, Pandan Indah pada 1 Mei 2026 bagi memupuk budaya wakaf sebagai amalan harian dalam kalangan umat Islam.

Program ini merupakan sebahagian daripada strategi PWS untuk memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap kepentingan wakaf melalui pendekatan dakwah yang menyeluruh dan berimpak tinggi.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil yang mengupas kepentingan menjadikan wakaf sebagai amalan berterusan dalam kehidupan seharian.
Kaunter wakaf turut disediakan bagi memberi kemudahan kepada jemaah untuk menyumbang dan melazimi ibadah wakaf.


Pelaksanaan program ini membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan wakaf serta memperkukuh penglibatan komuniti dalam menyokong agenda kebajikan ummah.

No Comments

Post A Comment