Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan agihan Tabung Wakaf Tunai berjumlah RM25,918.50 kepada Masjid Al-Ubudiah, Shah Alam pada 2 Mei 2026 bagi tujuan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan masjid.
Inisiatif agihan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PWS dalam memperkukuh pengurusan wakaf secara sistematik, telus dan berimpak tinggi kepada institusi serta komuniti setempat.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil kepada pihak pengurusan Masjid Al-Ubudiah, Seksyen 19, Shah Alam. Jumlah agihan ini mewakili 50% daripada kutipan Tabung Wakaf Tunai yang dikumpulkan di masjid berkenaan.
Agihan ini membolehkan pihak masjid melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan, sekali gus meningkatkan keselesaan jemaah serta memperkukuh fungsi masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti.
No Comments