PWS SERTAI HR&YOU x MESTI FIT4HEALTH ANJURAN PETRONAS

PWS SERTAI HR&YOU x MESTI FIT4HEALTH ANJURAN PETRONAS

5 Mei 2026, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperluas advokasi wakaf melalui penyertaan dalam program HR&You x MESTI Fit4Health anjuran PETRONAS di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Sepanjang program berlangsung, PWS telah membuka reruai (booth) bagi menyampaikan informasi berkaitan wakaf termasuk peranan, manfaat serta peluang penyertaan dalam inisiatif wakaf yang ditawarkan kepada warga korporat.

Penyertaan ini turut membuka ruang interaksi secara langsung bersama kakitangan PETRONAS dan para pengunjung, sekali gus memperkenalkan wakaf sebagai instrumen kebajikan Islam yang relevan dan berimpak tinggi dalam pembangunan ummah.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam merakyatkan budaya wakaf melalui pendekatan yang lebih inklusif dan progresif merentas pelbagai lapisan masyarakat.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih luas dalam amalan wakaf sebagai gaya hidup masyarakat.

 
No Comments

Post A Comment