7 Mei 2026, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus komited memperkasa pembangunan institusi pendidikan melalui penyaluran Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada SMK Jugra, Banting bagi tujuan pembinaan dataran berbumbung demi keselesaan warga sekolah dan pelajar.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperluas manfaat wakaf kepada sektor pendidikan serta pembangunan fasiliti yang lebih kondusif.
Dalam program yang sama, sesi Taklimat Wakaf turut diadakan bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang lestari serta peranan institusi pendidikan dalam membudayakan amalan wakaf.
PWS turut membuka kaunter wakaf bagi memberi peluang kepada warga sekolah untuk melazimi ibadah wakaf serta menyokong agenda pembangunan pendidikan melalui instrumen wakaf.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen strategik PWS dalam memperkukuh kerjasama bersama institusi pendidikan serta memastikan manfaat wakaf terus dirasai oleh masyarakat secara menyeluruh.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan wakaf dalam kalangan warga pendidik dan generasi masa hadapan.
No Comments