Delegasi MAINS Tinjau Stesen Minyak Wakaf PWS di Sungai Merab

Delegasi MAINS Tinjau Stesen Minyak Wakaf PWS di Sungai Merab

Delegasi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengadakan lawatan penanda aras ke Stesen Minyak Wakaf PWS di Sungai Merab, Kajang bagi meninjau pembangunan aset wakaf komersial.

Lawatan pada 15 Mei 2026 itu melibatkan 22 delegasi MAINS diketuai Tuan Haji Norazman bin Amat dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif PWS, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar. Taklimat berkaitan operasi stesen minyak wakaf disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohamad Salim bin Sain, Ahli Lembaga Pengarah WSE.

Lawatan ini memperkukuh kerjasama strategik serta perkongsian pengalaman dalam pembangunan wakaf lestari.

No Comments

Post A Comment