PWS Hadiri Majlis Perasmian Projek TERAS Akuakultur di Tanjong Karang

PWS Hadiri Majlis Perasmian Projek TERAS Akuakultur di Tanjong Karang

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menghadiri Majlis Perasmian Projek TERAS Akuakultur – Penternakan Ikan Tilapia di Tanjong Karang sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif pembangunan ekonomi komuniti berasaskan akuakultur moden.

Majlis yang berlangsung pada 18 Mei 2026 itu merupakan inisiatif Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) yang memberi fokus kepada latihan, pembangunan kemahiran dan pemerkasaan ekonomi golongan asnaf, B40 serta komuniti setempat melalui penternakan ikan tilapia menggunakan teknologi bioflok.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Dihormati Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Projek ini melibatkan lima kolam permulaan dan dijangka menghasilkan purata 700 kilogram ikan tilapia setiap bulan untuk pasaran setempat.

Inisiatif ini menyokong agenda pembangunan sosioekonomi ummah secara mampan serta memperkukuh keterjaminan makanan dan peluang ekonomi kepada komuniti setempat.

No Comments

Post A Comment