PWS Perkukuh Literasi Wakaf Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

PWS Perkukuh Literasi Wakaf Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh agenda literasi wakaf menerusi penganjuran Bicara Wakaf bersama warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor.

Program yang berlangsung pada 22 Mei 2026 di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat Bomba Negeri Selangor, Bukit Jelutong itu menampilkan sesi perkongsian oleh YH Dato’ Dr. Badli Shah Alauddin, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Pahang berkaitan wakaf sebagai legasi amal jariah berterusan.

Majlis turut menyaksikan pelancaran Kempen Wakaf Warga JBPM Negeri Selangor serta acara simbolik menandatangani Borang Skim Potongan Gaji (SPG) oleh YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor. PWS turut menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM2,720.00 bagi pembelian lima unit kerusi roda untuk kegunaan Persatuan Pesara Bomba Negeri Selangor.

Kolaborasi strategik ini memperkukuh budaya berwakaf dalam kalangan warga JBPM serta menyokong agenda kebajikan dan kesejahteraan komuniti secara berterusan.

 

 

 

 

No Comments

Post A Comment