Pada 31 Mei 2026, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas di Surau As-Sa’idah, Ijok Bestari Jaya yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar.
Pengisian kuliah memberi pendedahan kepada jemaah mengenai konsep wakaf serta kepentingannya dalam memperkukuh pembangunan ummah secara berterusan.
Program ini juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan wakaf dalam membangunkan aset dan institusi Islam demi manfaat generasi masa kini dan akan datang.
No Comments