Kuliah Maghrib Khas PWS di Surau Al-Muhajirin Tingkat Kesedaran Wakaf Masyarakat

Kuliah Maghrib Khas PWS di Surau Al-Muhajirin Tingkat Kesedaran Wakaf Masyarakat

Bersempena penyerahan Sumbangan Wakaf Fisabilillah di Surau Al-Muhajirin, Kampung Lanchong Jaya, Shah Alam, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut menganjurkan Kuliah Maghrib Khas yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar.

Pengisian kuliah memberi penekanan kepada kepentingan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah serta kelebihan sedekah jariah yang manfaatnya berterusan.

Program ini menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan wakaf dalam pembangunan agama dan kesejahteraan komuniti.

No Comments

Post A Comment