KLANG, 8 Jun 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) mengadakan kunjung hormat ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor bagi memperkukuhkan hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program kemasyarakatan, aktiviti kesukarelawanan, pengimarahan wakaf dan pembangunan komuniti.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi pelaksanaan skim potongan gaji wakaf dalam kalangan warga APM Negeri Selangor bagi menyokong pembangunan aset dan projek wakaf secara berterusan.
No Comments